Monday, 18 March 2013

taubat

di saat aku ghairah
aku butakan mata memandang telekung

di saat aku ghairah 
aku maniskan segala yang kelat bisa

di saat aku ghairah
aku bazir dengan senyuman bangang

bila aku sentap dari ghairah 
aku kejang 

di saat aku kejang 
mula berhingus mencari Dia 

di saat aku kejang
mula menjahit sejadah baru

di saat aku kejang
mula berkumat kamit menjampi 

kalau ini gayanya berhenti mengkafirkan diri 
kerana nampak sangat otak kau mati
jiwa kau hitam
jangan tau buat 


pengakhiran raja drama

segala drama yang kau cipta masa lalu
telah berakhir

Tahniah .
Tahniah buat aku

aku tak perlu lagi melayan raja drama lagi
aku bebas dari jajahan raja drama

Eh , rupa rupanya Dia yang bagi petunjuk
patutla aku bahagia

Aku janji aku tak akan berhenti cium sejadah

Terima Kasih Sang Pencipta !

bahang haba

bumi sakit
bumi letih

Dia uji
Maka bahang menyusul

Lebih baik bersyukur daripada merungut
Kerana yang mereka itu lagi sengsara

Subhanallah