Monday 18 March 2013

taubat

di saat aku ghairah
aku butakan mata memandang telekung

di saat aku ghairah 
aku maniskan segala yang kelat bisa

di saat aku ghairah
aku bazir dengan senyuman bangang

bila aku sentap dari ghairah 
aku kejang 

di saat aku kejang 
mula berhingus mencari Dia 

di saat aku kejang
mula menjahit sejadah baru

di saat aku kejang
mula berkumat kamit menjampi 

kalau ini gayanya berhenti mengkafirkan diri 
kerana nampak sangat otak kau mati
jiwa kau hitam
jangan tau buat 


pengakhiran raja drama

segala drama yang kau cipta masa lalu
telah berakhir

Tahniah .
Tahniah buat aku

aku tak perlu lagi melayan raja drama lagi
aku bebas dari jajahan raja drama

Eh , rupa rupanya Dia yang bagi petunjuk
patutla aku bahagia

Aku janji aku tak akan berhenti cium sejadah

Terima Kasih Sang Pencipta !

bahang haba

bumi sakit
bumi letih

Dia uji
Maka bahang menyusul

Lebih baik bersyukur daripada merungut
Kerana yang mereka itu lagi sengsara

Subhanallah

Sunday 23 December 2012

karat habuk

officially budak drama

Assalamualaikum,

ya Alhamdulillah , masih sempat mengepost entry kann , nampak dak kebosanan terserlah disitu ? ehhh , wait seminit , bosan ? Hoila nurul fathin , bukan study week ka hang lani ? Omaigadd , yalaahh , kantoi la tak study di dalam study week ni kan , Haha .

Ish la , dulu diploma memang mostly praktikal , mai sambung degree atudia la hai , kena tune pala untuk menerima dan menelan segala jenis teori pulak dah . Dahtu pulak sejarah , sejarah teater pulak tu , dahtu pulak , persaingan dalam kelas , tak macam nak hebat gila pulak tuu , geng-geng lepasan Stpm derr. Otak stai fresh study gila lahaii.

So sekarang ni study week aku di Usm tercinta. Otak gua agak stuck gila , sebab full of teori , sebelum migrain , aku kena relaks pala dulu oke :)

Ya, ya aku sedar yang aku tidak lagi bermadah puisi bukan ? Sibuk la hoii . Show sana show sini . bila time nak bermadah , kang tak pasai aku maki bermadah kang ha, Haha . maaf terkasar bahasa .

Agak banyak yang terjadi dan berlaku sepanjang sesem aku disini. Iaitu sudah masuk 4 bulan mungkin , pada bulan Februari 2013 tahun depan , aku bakal menamatkan zaman semester pertama . Amboih official beno bunyinye yee, jadi sebelum aku menamatkan riwayat semester pertama ini , aku haruslah menamatkan peperangan dengan berjaya dan bersihnya.

Hoilaa ! hat tu yang sakit tuh , gua ada target babe, gua kalau boleh takmau dah berhutang dengan Ptptn yang baik hati ni. Podia la baik sangat bagi org hutang , haish . So , target aku nak pulon dapatkan biasiswa daripada Yayasan Negeri Kedah lahai ! dalam nak mendapatkannya , ya Allah , perit ! tapi harus aku tempuh onak dan duri asmara ini. Oh?

Bercakap pasal asmara , hati ini sudah dicuri orangkah ? Oh tidak . No komen . Aku perlu fokus untuk melamar Yayasan Kedah itu ! Jyeahh !

Nampak dak semangat tuh? Agak-agak sampai bilakah ? Entah la kann, hurm . Hoila !!

Aku eksaited sebab aku banyak beli buku kesukaan aku , yang bergenrekan jiwa jiwa aku . Itu paling best ! tidak clishe , dan tidak typical malay . Oh? Diva tak? Tak kann .

Alhamdulillah , nak selit sikit kebahagian dan ketenangan disini . Aku bersyukur pada Tuhan kerana telah kurniakan manusia gila yang sentiasa menemani aku tidak kira beliau di dalam tandas atau di atas bumbung sekalipon . beliau cantek dan gagah sentiasa mengigihkan aku untuk sentiasa kuat bila berada di Usm ini. Ini yang dikatakan jodoh. Dulu bermusuhanan (tengok muka rasa nak penampaq), sekarang Alahamdulillah tengok muka rasa nak penampaq jugak , Haha . Itu lah keserasian kami . May Allah Bless Her Always .
Di samping beliau , sahabat iaitu roomate beliau , memang dewa bulan pon melutut dengan dia sebab sangat matured in everything (umoq dia 21 oke) . Mereka sangat membantu mengankat aku bangun bila aku jatuh. Berat kan aku? Lantak lah , asalkan hampa sangat awesomecool. May Allah Bless Her Always :)

Jadi sedikit sebanyak tentang housemate Tanjung Rambutan. Mari pula beralih kepada cintamati , iaitu Azizah Mohd Ali . Okay aku speechless , sebab terlalu banyak , she does everything while i am here , seriously , supportive gila . sangat superb supportive , eventhough salah sorang daughter beliau ni , asyik mengkhinzir butakan beliau. Tuhan aku merayu panjangkan umur beliau untuk aku. May Allah Bless Her Always :)

As the conclusion, aku tenang di Usm walaupun kadangkala meruntun jiwa. Tapi aku gagahkan bangun dan belari mengejar impian. InsyAllah doakan aku. Aku perlu kejayaan , bukan sampah jadah .
Nanti aku update puisi lagi yee :)

Muchachasss

Friday 12 October 2012

kediaman

sebelah kediaman bising nyaring
sebelah kediaman menggigil
sebelah kediaman melolong
sebelah kediaman semput
sebelah kediaman banjir air mata

kediaman kau terbukti
bukti bekalan dunia yang celaka

memang kubur lain lain
tapi kalau kubur kau sebelah kubur aku ?
bermakna kau jiran kubur aku kan ?

kubur aku sebelah kau
jangan
aku bukan mati untuk dibuai bersama pekikan kau

memang kubur lain lain
tapi suara celaka kau
semak
aku perlu mati dalam kubur tenang


Thursday 11 October 2012

semangat lenyap

malam susah lelap
bila lelap mimpi kau

malam susah lelap
bila lelap mimpi kau

malam susah lelap
bila lelap mimpi kau

ya aku menderita
harap kau berpuas hati
aku perlukan kejayaan di sini
bukan sampah jadah

Yang Esa , bantu aku mati kan watak mereka
watak yang menjerumus aku untuk gagal

Yang Esa , jika engkau matikan watak mereka
tapi putarkan balik masa kami bersama

kerana hubungan itu mengundang tawa aku
kerana tawa itu mengundang kejayaan
kerana dia sahaja semangat aku disini
kerana kau sahaja inspirasi aku

drama

drama kata kau ,
ya aku mungkin dilahirkan untuk berdrama ,
walau sedikit usul sekali pun .

aku memang mudah melatah ,
itulah yang dikatakan drama ,
mungkin kau akan lemas ,
dan mungkin kau akan bertukar ke siaran lain kerana bosan dengan drama ,
tetapi itu drama aku

airmata
suara sumbang
hingusan
hentakan
kedutan dahi

emosi
gesture badan
improvisasi
konflik
cuma belum capai tamat lagi

drama

wujud eleman asas drama
maka itu adalah drama
cuma ini adalah realism
kerana aku ikhlas