Friday 12 October 2012

kediaman

sebelah kediaman bising nyaring
sebelah kediaman menggigil
sebelah kediaman melolong
sebelah kediaman semput
sebelah kediaman banjir air mata

kediaman kau terbukti
bukti bekalan dunia yang celaka

memang kubur lain lain
tapi kalau kubur kau sebelah kubur aku ?
bermakna kau jiran kubur aku kan ?

kubur aku sebelah kau
jangan
aku bukan mati untuk dibuai bersama pekikan kau

memang kubur lain lain
tapi suara celaka kau
semak
aku perlu mati dalam kubur tenang


Thursday 11 October 2012

semangat lenyap

malam susah lelap
bila lelap mimpi kau

malam susah lelap
bila lelap mimpi kau

malam susah lelap
bila lelap mimpi kau

ya aku menderita
harap kau berpuas hati
aku perlukan kejayaan di sini
bukan sampah jadah

Yang Esa , bantu aku mati kan watak mereka
watak yang menjerumus aku untuk gagal

Yang Esa , jika engkau matikan watak mereka
tapi putarkan balik masa kami bersama

kerana hubungan itu mengundang tawa aku
kerana tawa itu mengundang kejayaan
kerana dia sahaja semangat aku disini
kerana kau sahaja inspirasi aku

drama

drama kata kau ,
ya aku mungkin dilahirkan untuk berdrama ,
walau sedikit usul sekali pun .

aku memang mudah melatah ,
itulah yang dikatakan drama ,
mungkin kau akan lemas ,
dan mungkin kau akan bertukar ke siaran lain kerana bosan dengan drama ,
tetapi itu drama aku

airmata
suara sumbang
hingusan
hentakan
kedutan dahi

emosi
gesture badan
improvisasi
konflik
cuma belum capai tamat lagi

drama

wujud eleman asas drama
maka itu adalah drama
cuma ini adalah realism
kerana aku ikhlas

Wednesday 10 October 2012

maaf

terharu sangat sebab semua perihal kau diri kau, kau beritahu aku
kau hormati aku sebagai perempuan, sedangkan kau jantina lain ,
kau akan menghantar aku pulang , walau sejauh mana kau,
kau akan update aku jika ada berita baru
kau sahaja yang menggeletek aku harihari

tapi sekarang jari kau dengan jari aku makin jauh
aku mahukan keadaan seperti zaman purba kala dahulu
sekarang kau dah tak geletek aku ,
sebaliknya aku cantas hati kau ,
dan kau dah takkan geletek aku lagi .

aku bawak diri , aku janji tak racunkan rumput yang tengah menghijau .

aku hutang kau Maaf . dengan rasa hina nya

selamanya

definasi sahabat aku adalah menatang minyak penuh
definasi sahabat aku adalah airmata
definasi sahabat aku adalah keikhlasan
definasi sahabat aku adalah tutup mulut disaat kau menguap

sahabat , tempat aku sangkut lengan

konkrit

muzik korea sahaja yang memecahkan kesunyian,
kesayangan ada di samping tapi ada tapi
tugasan kelas harus dilangsaikan
kalau tak disiplin teruk macam tenuk

teruk macam konkrit

Tuesday 9 October 2012

kemampuan

bulan kedua berada di dalam alam kampus
bulan kedua berada di dalam alam kesibukan
bulan kedua berada di dalam alam 'homesick'
bulan kedua berada di dalam alam keseorangan

tapi matlamat yang satu
KEJAYAAN

harapan

mula mula suka ,
masuk pulak rindu ,
eh ? dah pandai cemburu pulak .

oh , mungkin dah google habis maksud sayang .

ninja

oke tiba tiba watak hero muncul semula .
nyaris dimatikan ,

memang manis

sayang ?

tolong google definasi sebenar ,
tolong explore sampai tenggelam ,
tolong feel macam 'sayang'
pfft . sembang gebang

pause sementara

okay , mungkin patut berhenti dari dibelenggu sampah .
memang Adam diciptakan untuk Hawa ,
tapi bukan Hawa yang mencari Adam mungkin ,

adakah ini paksaan ?
jika ya pause sementara .
tolong bebas dari jajahan dan menjajah orang .

jadi ? BERHENTI

kisah selasa

tak , masalahnya kau tengah study kan ?
motif sangat kau fikirkan beliau .

tak , masalahnya dia bersepah dalam otak aku .
mungkin aku tidak mampu menerima kenyataan .

tolong matikan watak beliau dalam otak kau .
kalau tidak kau hancur , atau kau yang mati .

kau nak ?
motif kau adalah wujudkan kejayaan ,
bukan percintaan sampah .

Tolol .

Monday 8 October 2012

begin again :)

perpustakaan hamzah sendut menjadi saksi untuk semua ini . bebai dan pembaharuan .